IMPORTANT NOTE TO ALL MMHE EMPLOYEES:

MMHE to PARTIALLY Resume Operation on 20 April 2020

 

Please be advised that MMHE, MHS Integrated Engineering and MEMS have received the approval from Ministry of International Trade and Industry (MITI) to operate minimally during Movement Control Order (MCO) period as the operations fall under the category of ‘essential service’.

Therefore, we would like to inform all Warga MMHE that:

  • MMHE operations will resume for SELECTED PROJECTS starting from Monday, 20 April 2020.
  • EMPLOYEES who are required to work at site will be contacted by respective Head of Departments (HoDs). This group of employees is to ensure that they:
  1. receive a copy of MITI’s Approval Letter, either in digital or hard copy format, from their HoDs; and
  2. bring the Approval Letter when commuting to and fro the yard at all times

 

Health & Safety

In resuming our operations, the Company will be guided by the guidelines issued by Ministry of Health, MITI and other relevant authorities. This is in line with our commitment that health and safety of our employees and stakeholders are of utmost importance.

Extra precautions and numerous steps are taken to ensure that employees’ health and safety are not compromised. These include:

  1. Personal Hygiene & Cleanliness
  • Offices and facilities will be sanitised prior to resuming operations on Monday, 20 April 2020 and regular sanitisation will be conducted on a daily basis.
  • Hand sanitisers are provided at high traffic areas e.g. various office buildings, workshops and sites. Soap dispensers near water taps are also provided.
  • Employees may opt to either use palm print reader or e-Tracks to record their daily attendance. For non-employees, they may use the prescribed attendance form. Hand sanitisers are placed next to all palm print readers and to be used before and after using the palm print reader.
  1. Personal Protective Equipment
  • ALL employees are to wear their facemask when there is a risk of exposure with people at the HIGH TRAFFIC or COMMON AREAS.
  • Employees and non-employees without FACEMASK and HAND GLOVES will be denied entry at workshop, fabrication site, project/vessel and warehouse.
  1. Temperature Screening
  • Sick or Unwell employees are not allowed to come to work. Please rest at home and get appropriate medical attention.
  • Strict temperature screening to continue at the entrance of the yard. Those whose reading exceeds 37.5OC will be referred to seek medical attention.
  • Additional daily temperature screening at departmental level and as imposed by MITI, the daily temperature record of all employees who work during the MCO must be kept by HoDs until July 2020.
  1. Health Declaration
  • Employee to declare health status on a daily basis, and to be honest & responsible for all information provided. Any fraudulent information, disciplinary action will be taken.
  1. Working Hours
  • Staggered working hours 7.30 am / 8.00 am / 8.30 am.
  • Work from home on a rotational basis (Team A and Team B) to minimise the number of people working in one location at the same time.
  • Employees are to contact their line managers on their working arrangement during the MCO.
  1. Canteen Management
  • Staggered lunch break 12 pm / 12.30 pm / 1 pm between Division / Project.
  • Pre-packed/pre-ordered food and distancing of seating arrangement.
  1. Social Distancing
  • Social distancing measures are enforced across the yard.
  1. Movement Around the Yard
  • Gate 1 for MMHE employees, Marine Operations and Dry Dock No. 3 subcontractors.
  • Gate 2 for Heavy Engineering subcontractors.
  • No visitors are allowed during MCO.
  • MMHE bus service to cease operations.

 

Note: detailed working arrangement/instructions will be communicated by your respective Head of Departments

Any further updates will be communicated to all employees via e-mail, SMS and myPortal.

 

Enquiries

For any enquiries and information, you may reach out to the important units listed on the table below:

**The contact details may be updated from time to time. So please look out for future communications regularly on your email and myPortal

 

Thank you.

 

*****

 

ARAHAN/INFO PENTING UNTUK SEMUA PEKERJA MMHE:

MMHE akan Mula Beroperasi Secara Separa pada 20 April 2020

 

Sila harap maklum bahawa MMHE, MHS Integrated Engineering dan MEMS telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi secara minimum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan operasi MMHE tergolong dalam kategori ‘perkhidmatan penting’.

Oleh yang demikian, kami ingin memaklumkan kepada semua Warga MMHE bahawa:

  • Operasi MMHE akan diteruskan kembali untuk PROJEK-PROJEK TERPILIH bermula pada hari Isnin, 20 April 2020.
  • PEKERJA- PEKERJA TERLIBAT yang perlu bekerja di lokasi akan dihubungi oleh Ketua Jabatan masing-masing. Kumpulan pekerja ini hendaklah memastikan bahawa mereka;
  1. menerima salinan Surat Kelulusan MITI, dalam bentuk digital atau salinan cetak, daripada Ketua Jabatan mereka; dan
  2. membawa Surat Kelulusan itu semasa berulang alik ke dan daripada yard pada setiap masa
  • PEKERJA-PEKERJA YANG TIDAK TERLIBAT dikehendaki untuk terus mematuhi arahan bekerja dari rumah yang telah dikongsi pada 26 Mac 2020

 

Kesihatan & Keselamatan

Dalam meneruskan operasi kita, Syarikat akan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, MITI dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan. Usaha ini sejajar dengan komitmen kita bahawa kesihatan dan keselamatan pekerja dan pihak berkepentingan kita sangat penting.

Banyak langkah tambahan untuk berjaga-jaga telah diambil demi memastikan kesihatan dan keselamatan para pekerja tidak terjejas. Ini termasuk:

  1. Kebersihan Diri
  • Pejabat dan kemudahan lain akan dibersihkan sebelum operasi bermula pada hari Isnin, 20 April 2020 dan pembersihan rutin akan dilakukan pada setiap hari.
  • Kemudahan sanitari tangan disediakan di kawasan berlalu lintas tinggi seperti bangunan-bangunan pejabat dan bengkel. Dispenser sabun juga disediakan berhampiran paip air.
  • Pekerja boleh memilih untuk menggunakan mesin kehadiran ‘palm print‘ atau e-Tracks untuk mencatat kehadiran harian mereka. Bagi kumpulan selain pekerja, mereka boleh menggunakan borang kehadiran yang telah ditetapkan. Kemudahan sanitari tangan diletakkan di sebelah semua mesin kehadiran ‘palm print‘ dan perlu digunakan sebelum dan selepas menggunakan mesin kehadiran ‘palm print’.
  1. Alat Pelindung Diri
  • SEMUA pekerja harus memakai topeng muka apabila terdapat risiko terdedahnya kepada orang ramai di KAWASAN BERLALU LINTAS TINGGI atau UMUM.
  • Pekerja dan bukan pekerja tanpa TOPENG MUKA dan SARUNG TANGAN tidak akan dibenarkan masuk ke dalam bengkel, tapak pembinaan, projek/kapal dan gudang.
  1. Pemeriksaan Suhu
  • Pekerja yang sakit atau tidak sihat tidak dibenarkan datang bekerja. Sila berehat di rumah dan dapatkan rawatan perubatan yang sesuai.
  • Pemeriksaan suhu yang ketat akan diteruskan di pintu masuk yard. Mereka yang bacaan suhunya melebihi 37.5OC akan dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan.
  • Pemeriksaan suhu harian tambahan di peringkat jabatan dan seperti yang digariskan oleh MITI, rekod suhu harian semua pekerja yang bekerja selama PKP perlu disimpan oleh Ketua Jabatan sehingga Julai 2020.
  1. Pengisytiharan Kesihatan
  • Pekerja perlu mengisytihar status kesihatan pada setiap hari, dan bersikap jujur ​​& bertanggungjawab terhadap semua maklumat yang diberikan. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu.
  1. Waktu Bekerja
  • Waktu bekerja secara berperingkat pada pukul 7.30 pagi / 8.00 pagi / 8.30 pagi.
  • Bekerja daripada rumah secara bergilir (Kumpulan A dan Kumpulan B) untuk mengurangkan bilangan pekerja di satu lokasi pada masa yang sama.
  • Para pekerja harus menghubungi pengurus bahagian mereka mengenai aturan kerja mereka semasa PKP.
  1. Pengurusan Kantin
  • Rehat untuk makan tengahari secara berperingkat pada pukul 12.00 tengahari / 12.30 tengahari / 1.00 petang mengikut unit / projek.
  • Makanan siap dibungkus / ditempah dan jarak tempat duduk yang jauh.
  1. Penjarakan Sosial
  • Penjarakan sosial dilaksanakan di seluruh yard. 
  1. Pergerakan Sekitar Yard
  • Pintu 1 untuk pekerja MMHE, Operasi Marin dan subkontraktor Dry Dock No. 3.
  • Pintu 2 untuk subkontraktor Operasi Kejuruteraan Berat.
  • Pelawat tidak dibenarkan semasa PKP.
  • Perkhidmatan bas MMHE dihentikan.

 

Nota: arahan kerja yang lebih terperinci akan disampaikan oleh Ketua Jabatan masing-masing

Sebarang maklumat selanjutnya akan disampaikan kepada semua pekerja melalui emel, SMS dan myPortal.

 

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, anda boleh menghubungi unit-unit penting yang disenaraikan di bawah:

** Butiran nombor dan emel akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Oleh itu sila rujuk pada emel anda dan myPortal untuk mendapatkan maklumat terkini

 

Terima kasih.