MEMO #17: Entering the Third Phase of MCO

Message by MD & CEO

 

Salam Warga MHB/MMHE,

I hope you and your loved ones are in good health and doing well.

As you are aware, we have entered the third phase of the Movement Control Order (MCO) which begins today in an ongoing effort to break the chain of Covid-19 infection in our country. Aligned with the third phase of MCO, MHB/MMHE has also extended the suspension of its operations until further notice.

It has been almost a month since the first enforcement of MCO on 18 March 2020. Individuals and businesses are trying to adapt to this ‘new normal’ ever since.

Here in MHB/MMHE, most of us have been working from home during this period. I trust that everyone to continue performing each task assigned to the best of your ability. Keep in touch with your superiors and colleagues and utilise today’s technology to go about your works and making decisions.

With this third phase of the MCO, I urge all MHB/MMHE employees to comply with the regulations as the Government will straight away detain those who disobey the order. Please do continue to uphold our Company’s values and beliefs at all times. Just remember that while we may feel bored and constrained in the house, your act of staying at home is the best defense we have to ensure that Malaysia wins this war with COVID-19 and all the sacrifices we and the frontliners have been through earlier is worthwhile. And thank you for doing everything you can to contribute during this challenging period. Your commitment is highly appreciated.

For our Muslim colleagues, I would like to take this opportunity to wish you a blessed Ramadan. Although performing Terawih prayer at mosques or enjoying bazaars are no longer possible this year, I pray the spirit of Ramadan remains in our hearts and lights up our souls during these trying times. Take this opportunity to understand the true meaning of patience and forbearance that fasting instill in us and we emerge as a more patient and resilient person after this ordeal InsyaAllah.

Stay safe and healthy always and please say a little prayer too for the well-being of all us and the Company in this trying times.

 

Thank You.

 

Wan Mashitah Binti Wan Abdullah Sani

Managing Director & Chief Executive Officer

 

******

 

MEMO #17: PKP Fasa 3

Mesej oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif

 

Salam Warga MHB/MMHE,

Semoga anda dan orang-orang yang tersayang sentiasa dalam kesihatan yang baik.

Seperti yang anda sedia maklum, kita telah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini dalam usaha untuk menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara kita. Selaras dengan fasa ketiga PKP, MHB/MMHE telah melanjutkan penggantungan operasi MMHE sehingga diberitahu kelak.

Sudah hampir sebulan sejak penguatkuasaan fasa pertama PKP pada 18 Mac 2020. Sejak penularan wabak COVID-19, orang ramai dan pengusaha syarikat berusaha untuk menyesuaikan diri dengan senario ‘normal baru’ ini.

Kebanyakan kita di MHB/MMHE sudah mula bekerja daripada rumah sepanjang tempoh ini. Saya percaya anda akan terus melaksanakan setiap tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin. Kekal berhubung dengan ketua dan rakan sekerja anda dan gunakan teknologi hari ini untuk melakukan kerja dan untuk membuat sebarang keputusan.

Dengan fasa ketiga PKP ini, saya menggesa semua pekerja MHB/MMHE untuk mematuhi peraturan-peraturan kerana kerajaan akan segera menahan mereka yang tidak mematuhi perintah tersebut. Saya menyeru semua untuk terus memartabatkan nilai dan kepercayaan Syarikat kita pada setiap masa. Ingatlah dikala kita merasa kebosanan dan terikat di rumah, tindakan anda duduk di dalam rumah adalah pertahanan terbaik yang harus kita lakukan untuk memastikan bahawa Malaysia memenangi perang melawan COVID-19 dan semua pengorbanan yang telah kita dan golongan barisan hadapan lakukan berbaloi. Terima kasih kerana telah melakukan apa sahaja yang yang anda boleh lakukan untuk disumbangkan dalam tempoh yang mencabar ini. Komitmen anda amat dihargai.

Untuk rakan sekerja yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan yang diberkati. Walaupun kita tidak dapat menunaikan solat Terawih di masjid atau menikmati suasana bazar pada tahun ini, saya berdoa agar semangat Ramadan tetap ada di dalam hati kita dan menerangi jiwa kita ketika ini. Gunakan peluang ini untuk memahami erti sebenar kesabaran dan menanamkan sifat ketakwaan dalam ibadah puasa. Diharap kita akan menjadi manusia yang lebih sabar dan tabah setelah menjalani ujian ini InsyaAllah.

Saya harap anda semua kekal selamat dan sihat selalu dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kita semua dan Syarikat dalam masa-masa yang getir ini.

Terima kasih.

 

Wan Mashitah Binti Wan Abdullah Sani

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif