IMPORTANT NOTE TO ALL MMHE EMPLOYEES:

MEMO #55

 

MHB OPERATIONAL CONTINUITY DURING MCO

(FROM 13 JANUARY UNTIL 26 JANUARY 2021)

 

Following the announcement by Government of Malaysia on 11 January 2021 on the implementation of Movement Control Order (MCO), we are pleased to inform that MMHE, MHS Integrated Engineering and MEMS are allowed to operate at minimal capacity during MCO period as per the confirmation letter received from the Ministry of International Trade and Industry (MITI). All listed companies are recognised as ‘essential service’.

 

Government of Malaysia is only allowing 30 percent from the management team, while the number of employees is to be determined by the Company with assurance of the physical distance practices and health and safety measures are in place at the workplace. Therefore, all Warga MHB/MMHE are to take note of the followings;

 

  • All Heads of Division / Department to review the list of essential & non-essential employees under their supervision and to update respective HR Business Partner (HRBP) by end of business day today.

 

  • All MMHE operations will continue for SELECTED PROJECTS from Wednesday, 13 January 2021.

 

  • ESSENTIAL EMPLOYEES who are required to work at site will be contacted by respective Heads of Departments (HoDs).

 

This group of employees is to ensure that they:

    • receive a copy of MITI’s Approval Letter, either in digital or hard copy format, from their HoDs. Alternatively, you may download it here;
      1. MMHE (click here)
      2. MHS Integrated Engineering (click here)
      3. MEMS (click here)
    • to bring the Approval Letter & staff identification card (e-pass) when commuting to and fro the site at all times

 

  • ALL NON-ESSENTIAL EMPLOYEES are required to continue working from home.

 

In continuing our operations, the Company will be guided by the guidelines issued by the Ministry of Health, MITI and other relevant authorities. This is in line with our commitment that health and safety of our employees and stakeholders are of utmost importance.

 

Extra precautions and numerous steps are taken to ensure that employees’ health and safety are not compromised;

 

  1. Personal Hygiene & Cleanliness
  • Hand sanitisers are provided at high traffic areas e.g. various office buildings, workshops and sites. Soap dispensers near water taps are also provided.
  • Employees may opt to either use palm print reader or e-Tracks to record their daily attendance. For non-employees, they may use the prescribed attendance form. Hand sanitisers are placed next to all palm print readers and to be used before and after using the palm print reader.

 

  1. Working Hours
  • Staggered working hours 7.30 am / 8.00 am / 8.30 am.
  • Employees are to contact their line managers on their working arrangement during the MCO.

 

  1. Canteen Management
  • Staggered lunch break 12 pm / 12.30 pm / 1 pm between Division / Project.
  • Only take-aways and deliveries are allowed.

 

  1. Movement Around the Yard
  • Gate 1 for MMHE employees and Marine Operations subcontractors.
  • Gate 2 for Heavy Engineering subcontractors.

Note: No visitors are allowed during MCO.

 

All employees are STRICTLY reminded to adhere to Rule of 3 anywhere you go;

 

  1. Wash your hands with soap or sanitise hands frequently
  2. Wear face masks whenever you are at public areas
  3. Maintain 1-metre social distancing

 

For any enquiries and information, you may reach out to the important units listed on below table:

**The contact details might be updated from time to time. So please look out for future communications regularly on your email and myPortal.

 

Please be guided accordingly.

 

Thank you.

 

Management of MMHE

 


 

 

NOTA PENTING KEPADA SEMUA PEKERJA MMHE:

MEMO #55

 

MHB TERUS BEROPERASI SEPANJANG PKP

(DARI 13 JANUARI SEHINGGA 26 JANUARI 2021)

 

Berikutan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia pada 11 Januari 2021 tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa MMHE, MHS Integrated Engineering dan MEMS dibenarkan beroperasi pada kapasiti minimum sepanjang tempoh PKP seperti yang tertera dalam surat pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Semua syarikat tersenarai diiktiraf sebagai ‘perkhidmatan penting’ (essential service).

 

Kerajaan Malaysia hanya membenarkan 30 peratus pekerja daripada kumpulan pengurusan, sementara jumlah pekerja akan ditentukan oleh syarikat dengan jaminan amalan jarak fizikal dan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan dilaksanakan di tempat kerja. Oleh yang demikian, semua Warga MHB / MMHE perlu mengambil perhatian perkara-perkara berikut:

 

  • Setiap Ketua Bahagian / Jabatan dikehendaki menilai semula senarai pekerja kategori penting dan pekerja bukan keperluan utama dalam bahagian / jabatan mereka dan memaklumkan kepada HR Business Partner (HRBP) sebelum berakhirnya waktu bekerja pada hari ini.

 

  • Semua operasi MMHE akan diteruskan bagi PROJEK-PROJEK TERPILIH bermula Rabu, 13 January 2021.

 

  • PEKERJA KATEGORI PENTING yang diperlukan untuk bekerja di pejabat / di lokasi akan dihubungi oleh Ketua Jabatan.

 

Kumpulan pekerja ini perlu memastikan bahawa mereka;

    • menerima Surat Kebenaran daripada MITI, dalam bentuk digital atau salinan cetak, daripada Ketua Jabatan mereka. Secara alternatif, pekerja boleh memuat turun di sini;
      1. MMHE (klik di sini)
      2. MHS Integrated Engineering (klik di sini)
      3. MEMS (klik di sini)
    • membawa Surat Kelulusan itu dan kad pengenalan pekerja (e-pass) semasa berulang alik ke dan daripada pejabat / lokasi pada setiap masa.

 

  • SEMUA PEKERJA BUKAN KEPERLUAN UTAMA perlu terus bekerja dari rumah.

 

Dalam meneruskan operasi kita, Syarikat akan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, MITI dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan. Usaha ini sejajar dengan komitmen kita bahawa kesihatan dan keselamatan pekerja dan pihak berkepentingan kita sangat penting.

 

Banyak langkah tambahan untuk berjaga-jaga telah diambil demi memastikan kesihatan dan keselamatan para pekerja tidak terjejas. Ini termasuk:

 

  1. Kebersihan Diri
  • Kemudahan sanitari tangan disediakan di kawasan berlalu lintas tinggi seperti bangunan-bangunan pejabat dan bengkel. Dispenser sabun juga disediakan berhampiran paip air.
  • Pekerja boleh memilih untuk menggunakan mesin kehadiran ‘palm print‘ atau e-Tracks untuk mencatat kehadiran harian mereka. Bagi kumpulan selain pekerja, mereka boleh menggunakan borang kehadiran yang telah ditetapkan. Kemudahan sanitari tangan diletakkan di sebelah semua mesin kehadiran ‘palm print‘ dan perlu digunakan sebelum dan selepas menggunakan mesin kehadiran ‘palm print’.

 

  1. Waktu Bekerja
  • Waktu bekerja secara berperingkat pada pukul 7.30 pagi / 8.00 pagi / 8.30 pagi.
  • Para pekerja harus menghubungi pengurus bahagian mereka mengenai aturan kerja mereka semasa PKP.

 

  1. Pengurusan Kantin
  • Rehat untuk makan tengahari secara berperingkat pada pukul 12.00 tengahari / 12.30 tengahari / 1.00 petang mengikut unit / projek.
  • Hanya pengambilan atau penghantaran makanan yang dibenarkan.

 

  1. Pergerakan sekitar Yard
  • Pintu 1 untuk pekerja MMHE dan subkontraktor Operasi Marin.
  • Pintu 2 untuk subkontraktor Operasi Kejuruteraan Berat.

Nota: Pelawat tidak dibenarkan semasa PKP.

 

Para pekerja diingatkan dengan TEGAS untuk mematuhi 3 peraturan ke mana juga anda pergi;

 

  1. Basuh tangah dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman (sanitiser) dengan kerap
  2. Pakai topeng muka pada bila-bila masa anda berada di tempat awam
  3. Jaga jarak sosial 1-meter

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lain, anda boleh menghubungi unit-unit penting yang disenaraikan di bawah:

**Butiran nombor dan emel akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Oleh itu sila rujuk pada emel anda dan myPortal untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Harap maklum.

 

Terima kasih.

 

Pihak Pengurusan MMHE